Posted by | |

- Click For Full Size -


Sufina Photography (SP) mengasingkan setiap item yang dicaj kepada pelanggan kami adalah bertujuan untuk membantu pelanggan kami menyesuaikan pakej mengikut bajet dan kehendak mereka. SP juga menyediakan perkhidmatan yang fleksibel di mana pelanggan kami dapat menyesuaian majlis mereka dengan pakej yang di sediakan. SP tidak sahaja bergantung kepada pakej perkhawinan, malah pelbagai pakej lain juga di sediakan seperti potrait, sambutan hari jadi, outdoor, pertunangan, resepsi dan sebagainya.

Untuk tempahan, sila hubungi wakil SP di talian 013.981.4788 atau 012.279.2921. Anda juga boleh melawati laman tentang kami untuk maklumat lanjut.

Syarat-Syarat
1. Setelah dipersetujui oleh pihak SP, pelanggan perlu membayar wang deposit sebanyak 30% sewaktu pakej dipersetujui, 30% selepas majlis dan 40% selepas percetakan.

2. Tempahan yang 'confirm' adalah selepas pembayaran deposit 30% sahaja. SP menggunakan konsep 'first come first serve'. Jadi, jika anda membayar deposit 30% tarikh tersebut akan di'lock' di mana tiada tempahan lain yang akan di lakukan pada hari tersebut.

3. Untuk pelanggan di luar kawasan Kota Bharu, Caj tambahan akan dikenakan mengikut jarak yang di persetujui oleh pihak SP.

4. Caj yang dikenakan oleh SP adalah mengikut kesesuaian permintaan pelanggan di mana SP juga mengambil kira semua kos yang terlibat di dalam proses majlis tersebut berlangsung. SP tidak akan mengenakan caj tambahan selepas deposit 30% dibayar.

5. Wang deposit 30% tidak akan dikembalikan.

6. Pakej yang dikenakan adalah berdasarkan tempoh jam per hari. Hanya 1 pakej untuk 1 hari.

7. Harga pakej masih boleh dibincang mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan.